Monday, April 9, 2012

sekrang orang Fitnah tak kira tempat

Sekarang orang nak fitnah dah tak kira tempat dah... kat mana sempat dia fitnah semacam saja. di warung, di rumah, di hospital, di mahkamah, even di masjid pun.. astaghfirullahal 'azhim. 

tulisan ni dah jadi macam tulisan joyah di mingguan malaysia... hahaha kalau RPK baca mesti dia gelak guling-guling baca tulisan blogger penakut macam aku. kah kah kah...

antara debat dan pidato mana yg kaki fitnah suka? mestilah pidato kan? pidato yg paling best bagi kaki fitnah adalah pidato yg pendengar tak dibenarkan menjawab. samal;ah seperti tumbuk orang yang diikat kaki dan tangannya, memang padu tumbukan kita kan, mike tyson pun boleh K.O. hahaha


Friday, March 9, 2012

di rumah aku tiada TV di ruang tamu


sudah lama tidak mengkopipes tetiba terjumpa satu artikel yg rasanya baik dikopipes kerana tidak semua yg berkeliaran di internet akan terserempak dgn artikel ini krn ia sgt rare dan rebel serta tersorok di celah-celah semak samun atau reba kata org kedah,,, 

mungkin anda tak percaya bhw antara kata carian paling popular di malaysia adalah cikgu shida ..hahahah... jadi pencari cikgu shida pasti akan layan cikgu shida dan artikel ini pada mereka tak se best cikgu shida. 

bacalh artikel ini yg takde unsur2 politik sbb ramai yg tak suka politik entah kenapa aku pon tak tau..mungkin sbb politik kena banyak pikir kut.

RUANG TAMU DAN KACA TV

oleh Hishamuddin Rais
Melangok di hadapan kaca tv ini baru sahaja sampai ke dalam pembudayaan masyarakat kita. Sistem alat penyiaran bergambar ini mula menjadi objek yang diberahikan (object of desire) di negara Eropah dan Amerika Syarikat sesudah perang dunia yang kedua. Di Malaysia budaya melangok di hadapan kaca tv ini belum pun sampai dua jenerasi. Malah sehingga ke tahun 1974, di kampung saya dalam daerah Jelebu alat siaran tv ini masih lagi belum sampai. TV hanya dapat masuk ke daerah Jelebu apabila Rais Yatim seorang anak Jelebu mula menjadi Menteri Penerangan. Bayangkan betapa ulunya Jelebu di masa itu.
Secara positif, ini bererti semasa saya membesar saya tidak mengetahui objek ini. Apa yang menjadi alat hiburan kami ketika itu ialah radio. Untuk memenuhi masa yang lain kami membaca – buku-buku cerita, komik, novel dan akhbar harian. Ertinya budaya membaca telah mula mengukuh ketika tidak adanya tv. Radio pada ketika itu tidak dilihat sebagai saingan malah dilihat sebagai alat penyokong kepada budaya membaca.
Dalam masa dua dekad yang lepas, budaya radio telah berubah wajah – dari alat penyampai berita dan maklumat kini telah menjadi 99% alat hiburan. Budaya membaca yang baru hendak berakar cambah dalam negara kita kini telah terbantut. Semua ini hasil dari asakan dan ledakan kedatangan tv. Tv hari ini telah beralih dari objek yang diberahikan kepada objek yang wajib ada di dalam rumah. Kini tv telah dianggap setaraf dengan kuali atau cerek air. Alatan-alatan ini diperlukan di semua rumah.
Dalam budaya semua bangsa, pinjam meminjam dan tiru meniru adalah perbuatan yang biasa dan bukan sesuatu yang salah. Semua budaya bangsa ada memiliki ciri pengaruh luaran. Tidak wujud satu tamadun bangsa yang monolitik. Kita juga mengambil, meniru dan menyesuaikan ciri luaran dengan keadaan budaya bangsa kita. Ini akan memperkayakan dan merancakkan lagi pembudayaan.
Tetapi objek yang dipanggil nama tv ini agak berlainan sedikit perangainya. Tidak seperti objek meja, sepatu, bendera atau almari yang datang dari negara Benggali Putih – Portugal. Kita menggunakan objek-objek dengan keselesaan dan tepat. Begitu juga kita menyesuaikan penggunaan objek songkok yang berasal dari Afghanistan. Untuk saya penggunaan objek tv ini cukup pelik lagi memelikkan.
Dari ingatan saya, pada tahun 1972 dahulu tv kita hanya ada memiliki satu saluran hitam putih sahaja. Pada ketika itu saya pernah melihat sebuah rumah orang Melayu ( yang berjaya) – kalau dalam istilah hari ini keluarga ini ialah Melayu Baru – yang memiliki 3 peti tv. Satu di ruang tamu. Satu di meja makan dan satu di dapur. Dalam tahun 1972 saya kurang arif apakah rancangan yang ingin diikuti oleh Melayu Baru ini. Ketika itu video atau CD belum wujud. Tetapi kerana saya dari Jelebu yang tidak ada tv maka saya menganggap inilah budaya terkini orang bandar.
Kerimasan saya pada tahun 1972 itu rupa-rupanya tidak berganjak. Hari ini objek tv ini bukan hanya sedang merimaskan saya tetapi telah sampai ke tahap menyesakkan nafas. Untuk saya objek tv ini sedang betul-betul menekan wujudiah saya. Kerimasan yang saya hadapi ini bukan kerana isi dan rancangan yang disiarkan. Ini satu perkara yang lain.
Apa yang merimaskan saya ialah benda ini terus menerus mengekori saya ke mana sahaja saya pergi. Benda tv ini telah menjadi bayang kita semua. Ke mana sahaja kita bergerak benda tv ini akan bergerak sama. Bayangkan, minggu lepas saya telah dijemput bertandang untuk makan tengah hari oleh satu keluarga Melayu. Sesampai saja ke ruang tamu saya terlihat tv sedang terpasang. Seorang anak kecil belasan tahun sedang melangok di hadapan tv.
Keluarga yang menjemput saya ini tidak pula memadamkan alat tv ini walhal tamu yang diundang telah sampai. Sambil berlabun berkenal mesra, mata tuan rumah sesekali mengintai ke kaca tv. Ini berlaku apabila suara dari tv ini menjadi kuat dan keras. Saya menjadi amat tidak selesa. Apabila makan tengah hari dihidangkan kami semua betul-betul dipaksa duduk di hadapan objek ini.
Rasa saya apa yang saya alami minggu lalu bukan sesuatu yang terpencil. Pernah satu ketika di kota London saya telah di jemput bertandang ke sebuah rumah orang Melayu di Notinghill Gate – kawasan perumahan kelas menengah kota London. Sesampai sahaja saya ke rumah ini, si tuan rumah tanpa diminta telah memasangkan alat tv. Dengan serta merta saya merasa rimas. Bayangkan, ruang tamu ini bukan besar sangat, jadi mata kami amat susah untuk melarikan dari diharu oleh suara dan gambar dari objek ini.
Saya merasa susah bernafas kerana diasak oleh objek tv ini. Lalu saya cuba membuat alasan meminta diri tetapi tuan rumah ingin pula menghidangkan sesuatu kepada saya. Apabila mereka ke dapur saya terus memadamkan alat ini. Bila sang suami masuk ke ruang tamu dia terus memasang tv itu sekali lagi. Kali ini si suami terus mencari-cari saluran untuk memperagakan alat tvnya yang ‘connected’ dengan satelit. Saya terpaksa duduk seperti budak kampung dari Jelebu yang belum pernah melihat tv. Ketika itu saya terfikir mungkin saya lebih selesa menginap di neraka dari duduk satu jam di hadapan tv sambil menjadi tamu pasangan Melayu ini.
Ruang tamu dihiasi dengan tv ini bukan sesuatu yang baru. Saya rasa tidak ada pencemaran estetika yang berlaku jika tv didudukkan di sebelah radio atau bersama sistem bunyi untuk mengindahkan ruang tamu. Apa yang merimaskan ialah tv ini terus menerus terpasang tidak mengira waktu. Dan yang paling menjelikkan ialah benda tv terus terpasang ketika tamu datang bertandang. Saya tidak tahu ke mana perginya ramah tamah budi bahasa menyambut tamu. Tetamu datang ke rumah bukan hendak menonton tv – mereka datang untuk berkenal mesra dan merapatkan persaudaran. Kenapa alat tv ini dibenarkan mencelah dan mengganggu.
Saya tidak tahu dari mana ‘ gila tv’ ini muncul. Hari ini di warung, di restoran, di mana- mana sahaja ruang nampaknya ada sahaja benda ini terpasang. Kalau ada sepuluh baris warung makan pasti ada sepuluh buah kaca tv yang terus menerus menyalak. Seharusnya semasa kita di restoran atau di warung, kita bukan sahaja ingin melayan selera tetapi kita juga seharusnya ingin menikmati perbualan antara kita sesama manusia tanpa diganggu oleh tv. Apakah para pelanggan ini datang kerana hendak menonton tv kerana tv di rumah mereka telah disambar tsunami.
Jangan marah jika saya katakan bahawa dalam masyarakat Melayu, terutaa di Hari Raya peranan objek tv ini amat menjijikkan. Jika tidak percaya tunggulah hari raya tahun ini. Bertandanglah ke rumah saudara atau jiran tetangga. Liarkan mata dan pasti akan ternampak dua tiga malaun yang sedang melangok di hadapan kaca tv tanpa mempedulikan kedatangan sanak saudara; walaupun di pagi hari raya pertama.
Dari semua yang saya lihat ini maka saya dapat memahami rasional kenapa peti tv ini diberikan nama jolokan ‘idiot box’ atau kotak bangang. Kotak ini memang tidak memiliki akal. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang terus melangok di hadapan kaca tv – apakah mereka juga telah sama bangang dan otak mereka telah menjadi kaca.
END

Wednesday, February 29, 2012

USTAZ AZHAR IDRUS


Salam,
lama rasanya dah tak menulis di blog.

sepatutnya setiap orang perlu ada blog sebab ia akan kekal menjadi sejarah utk generasi masa hadapan membaca apa yg berlaku pada 2012 dari perspektif kita. orag tahun 2020 nak tahu apa stand azley ahmad tentang isu itu dan isu ini, mungkin kalau azley ahmad jadi 'somebody' oarang nak buat kajian pemikiran atau nk buat biografi, atau orang nak buat kajian umum tentang sesautu isuyg berlaku pada 2012, mereka tentu perlu merujuk, kalau kita tak menulis maka, kita akan mengulangi kesilapan nenek moyang kita yang tiada budaya menulis dan menyimpan rekod.

buktinya?

buktinya senang saja, tak perlu isu besar, isu kecil saja... berapa orang dari kita tahu nama bapa kepada Datuk mereka? berapa ramai yang tahu nama datuk kepada datuk mereka?

kalau tak tahu, kenapa tak tahu? 

jawabnya sebab datuk kita tidak menulis, bila tak menulis, dia akan lupa. sebab tu kita kene menulis supaya nanti kita tak lupa.

ok. yang aku nka rakam di sini adalah pendapat aku mengenai seorang ustaz ni, nama dia Ustaz Azhar Idrus.Berikut pendapat aku:

1. Dia Ustaz paling populardi Malaysia. masa aku menulis ini (2012).
2. Saingannya mungkin ustaz Don dan Dr Asri (bekas mufti Perlis)
3. dia kelakar
4. kadang-kadang kasar sebab selalu sebut "bodo"
5. kadang-kadang tak verify fact ... dia cakap apa yang dia rasa seolah2 apa yg dia rasa itulah yang betul
6. dia pro-pembangkang (ini fact bukan pendapat)
7. dia anti-wahabi aka salafi
8. dia anti syiah
9. dia kadang2 meragui kemampuan akal khalayaknya...sebab selalu sebut "pahang ke dok?" 
10. kadang-kadang cakap ikut logiknya yang kurang cerdik, maknaya ada masalah dari segi "academic justification" ... dia bercakap bahasa orang awam, logiknya mudah dan banayk generalization ... spt buat seranagn peribadi "personal attack" cth. "mu baru belajar nak berlagak", "baru jadi mufti dah nak berlagak" ... ini seranagn peribadi, atau "killing the messenger" dia tak ulas apa yg oarng cakap, dia ulas orang yang cakap tu.

Tak perlu ulas panjang pasal ustaz ni sebab tak layak mendapat ulasan yg lebih panjang. inipun dah cukup panjang dah ni.  

 

wallahua'lam.


 

Friday, December 23, 2011

UBAT MATERIALISME

Seorang lelaki datang kepada seorang ustaz, mengadukan persoalan keluarganya.
Lelaki: “Saya bosan di rumah sekarang.”
Ustaz: "Mengapa"
Lelaki: "Tiada yang menarik"
Ustaz: “Lalu engkau jarang berada di rumah
Lelaki: “Ya
Ustaz: “Anakmu berapa
Lelaki: Dua, satu laki2 umur 5 tahu, satu lagi perempuan, berumur, tiga tahun
Ustaz: Pernahkah engaku memperhatikan anakmu ketika sedang makan?”
Lelaki: “Tidak
Ustaz: “Ketika sedang bermain-main”
Lelaki: “Juga tidak
Ustaz: “Ketika tidur saat tengah malam
Lelaki: Tidak
Ustaz: “Cuba lakukan itu
   
Ustaz
     Cuba lakukan itu. Ketika engkau sedang memperhatikan, rasakanlah bahawa ia adalah anakmu, pelanjut denyut hidupmu, yang harus kau curahi cinta dan kasih sayang. Anak-anakmu itu adalah kurnia Allah untuk menyenangkan hatimu. Ketika ia makan, perhatikanlah bagaimana ia mengunyah rezeki yang dikirim Allah lewat tanganmu yang bekerja. Ketika ia tidur, perhatikanlah hidungnya yang mirip engkau, bibirnya yang mungkin mirip ibunya, dan perhatikanlah pula bagaimana desah nafasnya ketika menghirup dan menghembuskan udara. Itu semua filem indah yang disuguhkan Allah untukmu. Kalau engkau membiasakan melakukan ini sambil mengingat Allah, engkau akan mendapat nikmat ruhani yang tiada tara. Di antara orang yang sangat malang, ialah orang yang tidak bisa menikmati keindahan yang dipancarkan Allah melalui gerak dan tingkah laku anak-anaknya sendiri.
Dipetik dari Tulisan Zawawi Imran bertajuk "Kurnia Allah" 
 Puisi al - Ghazali
Kehidupan berlalu bersama waktu
  Peristiwa terjadi setiap hari
Puaskan dirimu dengan hidupmu
  Kamu pasti bahagia
Tinggalkan hawa nafsumu
  Kamu pasti hidup merdeka
Betapa banyak kematian
  Diantarkan emas, perak dan permata!

(nota: mungkin antar bermaksudsebab’) 

Tuesday, November 1, 2011

saffron - air suam - kicap...mana satu pilihan anda?


ramai orang memilih dan melakukannya hari2 24/7...tapi yg lebih penting adalah mana yg dia pilih dan mengapa.... antara saffron, air suam dan kicap, mana pilihan anda?...kalau saya, sy pilih saffron dan air suam... saffron yg dlm botol herbalife tu... kicap dikatakan mengandungi bahan yg boleh menyebabkan kanser...manakala saffron boleh mencegah kanser dan air suam pula tidak perlu diterangkan lagi memang tabiaat yg baik utk kesihatan,


yang peliknya, kenapa ketelitian yg begitu tidak diamalkan dalam hal agama... ramai yg kurang berminat, susah nk diajak berdiskusi. pelik bin ajaib,,,manusia lebih pentingkan hal dunia yg sementara berbanding masa depan mereka di akhirat yg kekal abadi...pelik3.

Tuesday, October 11, 2011

Haji Bukan Hanya Dzikir

Pada tahu keenam hijrah, Nabi Muhammad SAW. Bermaksud melakukan ibadah haji. Jamaah haji yang pertama ini berhenti di hudaibiyah untuk memulai ihram. Mekkah masih dikuasai kaum musyrik. Walupun Nabi menegaskan kedatangannya hanya untuk berhaji, berat bagi mereka untuk menyaksikan seorang warga yang pernah diusir datang dengan segala kebesaran. Mereka memandang, haji Nabi bukan sekadar ritual tapi politis.

Melihat permusuhan yang diperlihatkan orang Mekkah, Nabi mengadakan taklimat kilat. Para sahabat bersumpah setia untuk membela Nabi. Suatu komitmen politik yang penting. Sumpah setia ini dikenal sebagai baiat Ridhwan. Ketegangan antara kedua belah pihak berakhir ketika Rasul Allah membuat perjanjian hudaibiyah.

Setahun kemudan, sesuai dengan perjanjian itu, Nabi sekali lagi datang untuk melakukan umrah. Penduduk mekkah menyingkir ke bukit-bukit sambil mengintip, apa yang bakal dilakukan umat islam. Setelah perjalanan jauh, tentu saja para sahabat memasuki Mekkah dalam keadaan lelah. Tetapi, Nabi menyuruh sahabat tawaf sambil berlari. Ketika sa’I, diantara kedua titik yang ditandai dengan tiang hijau yang dahulu kelihatan jelas oleh “penonton” dari balik bukit, para sahabat disuruh berlari juga. Nabi ingin menunjukkan kekuatan umat islam. Semacam “show of force” . Setahun setelah itu, Rasulullah dan pengikutnya memang berhasil menaklukkan Mekkah tanpa perlawanan yang berarti. Apa yang dilakukannya pada umrah al-Qadha, telah berdampak politik yang besar.

Pada tahun 10H, Nabi Muhammad SAW melakukan ibadah haji akbar. Karena haji ini haji yang terakhir, ahli sejarah menyebutnya haji wada. Di Arafah, Nabi berkhotbah juga khotbah perpisahan. Apa yang dikatakan Nabi dalam khotbah itu? Sama sekali tidak berkenaan dengan ibadah ritual. Nabi memulai khotbahnya dengan menekankan kewajiban menghormati darah dan kehormatan seseorang. Sekarang, kita menyebutnya masalah hak asai manusia. Nabi meminta perhatian jamaah haji pada system ekonomi jahiliyah yang tidak adil yang diwujudkan pada praktek riba. Nabi juga berbicara tentang hak-hak wanita dan berpesan pada kaum mukmin untuk melindungi dan menghormati mereka. jadi, khotbah Nabi berkenaan dengan persoalan politik, ekonomi, dan sosial.

Di Mina, pada hari penyembelihan kurban, turun ayat “Baraah”, artinya dekrit pembebasan dari ketergantungan kepada kaum musyrik. Baraah adalah proklamasi kemerdekaan tanah suci. Di sana di bukit Mina, Ali bin Abi Thalib berdiri menyampaikan dekrit Nabi yang berisi antara lain: orang musyrik tidak boleh mendekati Baitullah, tidak boleh tawaf sambil telanjang, dan setiap perjanjian harus dipenuhi. Ali juga membacakan ayat Baraah: Dan pengumuman dari Allah dan utusan-Nya kepada manusia pada waktu haji akbar bahwa Allah berlepas diri dari kaum musyrik; begitu pulautusan-Nya..(9:3)

Tradisi ini dilanjutkan oleh para sahabat sepeninggal Nabi. Umar bin khatab memanggil Amr bin Ash – gubernur Mesir- pada musim haji dan memintanya untuk mempertanggungjawabkan perbuatan anaknya. Seorang warga mesir mengadu kepada khalifah bahwa anak Amr telah menjebloskannya ke penjara. Umar menghukum anak gubernur dengan cambukan di hadapan para jamaah haji.

Waktu itu, Umar berkata, “hai Amr, mengapa engkau memperbudak manusia padahal ibunya telah melahirkannya sebagai orang merdeka.”

Utsman bin Affan pernah mengirim surat ke raja daerah kekuasaan islam. Ia mengimbau rakyat untuk mengadukan segala perilaku birokrat yang merugikan rakyat.” Bila ada yang pernah dicacimaki atau dianiaya.” Tulislah dan, “datanglah pada musim haji supaya ia dapat mengambil haknya dari aku dan dari para pejabatku.”

Mengomentari kedua khalifah itu, Dr. Baidhawi dalam Al Ibadah fi al islami menulis, “ para khalifah menyadari nilai musim haji internasional ini. Mereka jadikan haji sebagai tempat pertemuan antara mereka dan rakyat yang datang dari sudut-sudut negeri yang jauh; antara mereka dan para pejabat mereka dari berbagai daerah. Bila ada orang yang tertindas atau ingin mengadukan halnya, ia dapat menemui khalifah tanpa perantara dan tanpa penghadang. Di sanalah rakyat dapat berhadapan dengan khlifah tanpa segan atau takut. Di situ, yang dianiaya dilindungi dan hak dikembalikan walaupun hal itu harus diambil dari pejabat atau bahkan khalifah.

Menurut Al Quran, memang, ibadah haji memerintahkan “ agar mereka menyaksikan berbagai manfaat buat mereka dan berdzikir ( menyebut nama Allah) pada hari-hari yang ditentukan (Al-Haj 28) . serta para mufasir, ayat ini menyebutkan dua dimensi yaitu dimensi manfaat dan dimensi dzikir . Thabary, tafsir klasik, menyebut manfaat itu meliputi dunia dan akhirat. Syaltut. Syaikh Al- Azhar yang terkenal, meyebut dimensi-dimensi ipoleksosbud sebagai kandungan makna “manfaat”. Pada waktu hajilah kata Syaltut, bertemu para pemikir dan ilmuwan dan para ahli lainnya, inilah konferensi umat manusia yang terbesar.

Sayang, belakangan dimensi manfaat ini sudah diabaikan. Yang ditonjolkan – bahkan ditegaskan berkali kali untuk selalu diingat oleh para jamaah – adalah dimensi dzikir. Bila anda berangkat haji, niatkanlah hanya untuk ibadah haji. Bila anda pulang, pengalaman rohani sajalah yang harus anda ceritakan. Bagian pertama ayat itu seakan-akan sudah dicoret. Pedagang Indonesia dari berbagai daerah yang berjualan disekitar Masjid Al-Haram. Sekarang tidak. Dahulu, jamaah haji berbincang tentang situasi negeri mereka dan beberapa orang diantaranya pulang kenegerinya menjadi pejuang-pejuang kemerdekaan. Sekarang tidak. Bila ada juga diskusi antara para jamaah, yang didiskusikan adalah cara-cara ritual haji; tidak jarang sambil saling menyalahkan.

Untunglah itu semua terjadi pada masyarakat awam. Ketika para menteri naik haji, kita tahu mereka berbincang dengan para pejabat di Arab Saudi bukan hanya tentang haji. Ketika para pemimpin islam berkumpul di Mekkah, mereka bukan melulu merundingkan prosedur umrah dan haji.[]