Entry kali ini dipetik dari emel aku kpd rakan2ku. Apabila ada pertanyaan2, ransangan untuk menulis lebih kuat. Justeru, silakan membaca entry kali ini yang sangat minimal teknik kopipesnya. Sebagai pemulanya, ingat ini, kalau perlu baca hari2, hafal dan tuliskan dalam diari anda seperti anda tidak kekok menulis kata2 yg merangsang anda bekerja dan cari kekayaan:
“...Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki…”(An Nur, Ayat 35) ...
1. Apa kaitan freemason dgn emel sy yg terdahulu (ttg iblis, dajjal dan mahdi)?
Jawapan:
Dalam emel terdahulu, saya sepintas lalu menyebut ttg ‘freemason’ iaitu “Freemason dikatakan sedang menunggu dajjal.” Jadi, emel2 ttg freemason selepas itu adalah emel lanjutan. Seperti emel mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL) .
2. Mengapa kita perlu mempersoalkan tentang apa yang diserapkan oleh golongan tertentu ke dalam AJL sedangkan AJL itu sendiri bukan budaya / amalan yang diajarkan oleh Rasulullah kepada kita ?
Jawapan:
Saya kira kita perlu persoal. Saya rasa pertanyaan begini agak terkeluar dari landasan asal atau isu pokok atau maudhuk . Saya bukan risaukan AJL. Yang saya risau adalah pemasukan unsur2 freemason secara senyap2 ke dalam ‘ruang sosial’ kita. AJL ditonton oleh majoriti orang Islam Malaysia termasuk saya. Lambang2/symbol freemason seperti ‘lucifer’ (all eye seeing) , master carpet dan pyramid berlegar di keliling kita, mrk ada di mana2. Saya kira kita wajar gusar jika musuh ada di mana –mana sedang orang2 kita tidak tahu bahawa itu musuh. Lagi meresahkan, mereka mungkin kawan kita, pemimpin kita, parti, pertubuhan social dsb. Saudara perlu melihat kepada audien AJL, bukan AJL itself… saya sejak 1989 tidak pernah ketinggalan menonton AJL setiap tahun.. lihat betapa besarnya acara ini… manakala ustaz2 kita sibuk berceramah kepada orang baik di masjid… mrk yg pergi masjid memang ‘orang baik’ , tak perlu lagi ditarbiah… kadangkala agak lucu bila penceramah dgn marah2 berceramah ttg keruntuhan moral di depan khalayak yang sopan berketayap dan berjubah… dah la baik, kena marah pulak. Buka mata, wake up, lihat keliling kita… lambang seperti all eye seeing, pyramid dll ada di sekeliling kita… sunway pyramid, klcc, ajl, parti politik, … saya melihat semua pemasukan lambang2 ini sebagai promo atau preview atau juga pembudayaan atau massification atau familiarization … atau ia sebagai komunikasi antara mereka bahawa ‘this is our region, don’t worry” . Mrk behubung melalui simbol2… lambang2… jika dibaca dlm Wikipedia memang ditulis ia utk ‘brotherhood’ , jgn terlalu mudah tertipu, jika ia persatuan rahsia, mestilah kena guna penyamaran… kita jgn jadi terlalu naïve utk memahami ini, kalau sindeket jual dadah, sudah tentu dia berselindung di sebalik pernigaan yg ‘halal’…
3. Jadi mengapa salahkan Iblis. Dia hanya melaksanakan apa yang sepatutnya?
Jawapan:
Saya kira pernyataan ini agak ganjil. Belum pernah saya dengar ada orang yang ‘tidak menyalahkan’ Iblis. Saya salahkan Iblis. Saya salahkan Iblis kerana ia menyesatkan. Barangkali jika dia gagal menyesatkan saya, dia akan berhasil juga menyesatkan adik2 saya, sepupu, jiran, kawan2, pemimpin… Ingat, Iblis telah berjanji … dalam al Quran disebut:
"I am about to create man from clay: (038.071)
"When I have fashioned him (in due proportion) and breathed into him of My spirit, fall ye down in obeisance unto him." 038.072
So the angels prostrated themselves, all of them together: (038.073 (sad)Not so Iblis: he was haughty, and became one of those who reject Faith. (038.074 (Sad)) (Iblis) said: "Then, by Thy (your) power, I will put them all in the wrong,” 038.082 (Sad)
(Iblis) said "Except Thy Servants amongst them, sincere and purified (by Thy Grace)." 038.083
Bila Iblis ingkar, ia jadi ‘kafir’…lihat terjemahnnya ‘one of those’. Maksudnya ia plural… ramai Iblis tidak bergerak sendiri2… Dia bersama2 org kafir lain… termasuk juga munafik… kita sangka dialah kawan kita, rupa2nya … jika dulu, di Zaman nabi ada munafik, apa lagi di Zaman kita… mungkin ramai yg sudah terlupa kepada sepsis ini. Lihat ayat Allah (terjemahan) ini:
Certain of the desert Arabs round about you are hypocrites, as well as (desert Arabs) among the Medina folk: they are obstinate in hypocrisy: thou knowest them not: We know them: twice shall We punish them: and in addition shall they be sent to a grievous penalty.( 009.101)
Lihat! Penduduk madinah pun ada yg hipokrit. Saya sukar utk percaya jika ada yg mengatakan sekarang tiada ‘hypocrites’ …
Iblis bergerak secara berkumpulan, bergang2… berkumpulan… siapa kumpulan dia? Saya melihat freemason sebagai gang Iblis… mereka akan melaksanakan new world order… terbaru, saya dengar mrk akan perkenalkan electronic money … kita nanti tak boleh tengok wang sendiri… yg kita Nampak, angka2 yang naik turun di computer… pada masa itu, semakin mudah lah matawang dimanipulasi… kita akan sukar bersaing dalam ‘dunia’ ciptaan mereka. Terpulang kepada saudara utk percaya atau tidak, jika kita selamat mungkin juga kerana kita di’selamatkan’. Jika saya sebut secara terang2 barangkali saya ‘dalam bahaya’. Cuba lihat ini: ia bukan sumber yg paling authentic, tapi ini yg paling mudah dan cepat… lihat dlm Wikipedia, saudara akan temui ini: http://en.wikipedia.org/wiki/Freemasonry
Islam and Freemasonry
Many Islamic anti-Masonic arguments are closely tied to both Anti-Semitism and Anti-Zionism, though other criticisms are made such as linking Freemasonry to Dajjal.[75] Some Muslim anti-Masons argue that Freemasonry promotes the interests of the Jews around the world and that one of its aims is to rebuild the Temple of Solomon in Jerusalem after destroying the Al-Aqsa Mosque.[76] In article 28 of its Covenant, Hamas states that Freemasonry, Rotary, and other similar groups "work in the interest of Zionism and according to its instructions ..."[77] Many countries with a significant Muslim population do not allow Masonic establishments within their jurisdictions. However, countries such as Turkey and Morocco have established Grand Lodges,[78] while in countries such as Malaysia[79] and Lebanon[80] there are District Grand Lodges operating under a warrant from an established Grand Lodge.
4. .. kita kata Yahudi musuh kita, pastu kita guna face-book untuk kayakan orang Yahudi tu.. Kat mana stand kita???
Jawapan:
Saya kira musuh kita yg sebenar adalah zionis, bukan Yahudi. Berdasarkan pemahaman saya, apabila al masih Isa turun semula dan mengaku bahawa dia tidak mati tetapi diangkat Allah ke langit, orang Kristian akan mengikutinya dan Isa akan bergabung dgn al Mahdi justeru…Islam dan Kristian akan bersatu melawan Yahudi.
Tapi, pada masa kini, Yahudi dan kristian adalah kroni… yang banyak membantu Israel adalah Amerika, yang menguasai Amerika adalah Yahudi… Saya akui saya adalah pengguna facebook. Saya tidak merasa berdosa mengkayakan Yahudi sama seperti saya mengkayakan Kristian. Saya makan kfc, mcdonald, saudara2 kita, imam2 kita, bilal2 kita merokok Marlboro, Dunhill, saya shopping di TESCO, isi minyak di Shell… pendek kata, Yahudi dan Kristian sudah menjadi sebahagian dari kehidupan kita… saya merasa jika ingin boikot perlu ‘political will’ … perlu faham super structure … kalau Malaysia boikot produk yahudi dan Kristian, banyak kesannya, Kesannya lebih buruk kepada kepentingan umum berbanding kesan jika tak boikot. Ini yang dipanggil ‘maslahah’ … Saya tidak menjumpai satu contoh yang lebih baik mengenai mendahulukan kepentingan umum dari contoh bagaimana saidina Ali yang mengetahui keutamaannya atas sahabat yang lain dan wasiat Rasulullah di ghadir Khumn sebagai pemimpin kaum muslimin mendahulukan kepentingan umum dari kepentingan peribadi dengan bertindak tidak menuntut haknya lihat petikan berikut :
“…tambahan lagi, waktu itu Ali tidak melihat sesuatu hasil yang akan dicapainya dengan protesnya atas mereka itu, selain timbulnya kekacauan yang berlarut – larut, sehingga – karena itu – ia lebih suka memeilih kehilangan haknya, ia khuatir akan akibat buruk yang bias mengguncangkan dan meretakkan keutuhan Islam,…kerana ia harus pandai mengatasi dan menyelesaikan dua beban sekaligus, yang mata berat dan tiada tandingannya, jabatan khalifah di satu pihak, dengan segala nash-nash dan pesan – pesan nabi yang mendambakan pelaksanaan segera (azley: macam perasaan kita bila ke luar negeri ada org pesan belikan itu dan ini, selagi kita belum bertemu dgn barang yg dipesan, rasa macam serba tak kena, sedangkan kita juga punya agenda lain yang perlu diberi [perhatian, i.e perlu hadir seminar, mana yg nk didahulukan, yg itu Cuma kawan2… yg ini nabi, alangkah beratnya beban) …dan dipihak yang lain ia dihadapkan kepada gejala huru – hara dan kekacauan yang merupakan peringatan akan timbulnya pemberontakan – pemberontakan di seluruh jazirah Arab, dan benih – benih penghancuran total terhadap Islam…
Mereka itu semua. Kini merasa lebih kuat dan lebih berani setelah wafatnya Rasulullah saw, lebih dari waktu – waktu sebelumnya…”
Inilah yang dipanggil mendahulukan kepentingan umum (maslahah). Saya (azley( berasa bahawa menggunakan facebook utk memberi nasihat2 pada rakan2 di sana yg ditimpa musibah dan berpesan2 kpd mereka tentang erti hidup ini, bagaimana mahu hidup lebih bermakna atas landasan agama… bagaimana mengamalkan fiqah yang progresif tanpa mengkesampingkan nash … (jika ada masa nnti saya paparkan cth2 dari facebook saya i.e ttg keharusan solat jamak ketika ada keperluan selain musafir – keprluan lain sperti sakit, tugas – mesyuarat, polis, Pemandu teksi, pensyarah, hidup di Negara sejuk… dll). Justeru, saya lihat menggunkan facebook itu lebih hampir kepada penjagaan maslahah dan besar manfaatnya berbanding memboikotnya… saya katakan ia tidak lebih daripada satu alat seperti pisau dan pistol… baik digunakan, baiklah hasilnya… Bayangkan, jika kita terang2an memboikot Amerika. Bayangkan sahaja… matawang merudum, haraga barang melambung, harga minyak terpaksa dinaikkan, pelabur asing yang ada lari…yang di luar tak nak masuk… saya kira itu lebih buruk bagi kita…
5. Dari awal penciptaan Nur Muhammad, semua telah diatur
Jawapan:
Saya bukanlah orang yang arif untuk mebicarakan nur Muhammad. Cuma jika ada di kalangan kita yang lebih mengerti pohon dikongsi bersama. Berdasarkan bacaan saya, segalanya tentang Nur Muhammad berpunca dari Firman Allah:
Allah is the Light of the heavens and the earth. The Parable of His Light is as if there were a Niche and within it a Lamp: the Lamp enclosed in Glass: the glass as it were a brilliant star: Lit from a blessed Tree, an Olive, neither of the east nor of the west, whose oil is well-nigh luminous, though fire scarce touched it: Light upon Light! Allah doth guide whom He will to His Light: Allah doth set forth Parables for men: and Allah doth know all things. 024.035
"Allah Cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus (misykat), yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" (QS. An-Nûr : 35)
Jika dalam kalangan kita, ada yang mantap tradisi sasteranya, pasti arif benar dengan perlambangan dan metafora. Saya bertahun – tahun belajar sastera di sekolah Tingkatan 4 -6 dan 4 tahun di univeristi… masih merasa payah untuk memahami metafora yang tinggi nilainya yang Allah gunakan dalam ayat ini. Jadi, adakah kita hanya membiarkan saja ayat ini begitu sahaja… ayat ini untuk siapa? Untuk apa? Bukankah ia utk kita? Bukankah ia utk difahami, dihayati, diamalkan? Bagaimana kita nak hayati dan amalkan jika kita tidak faham? Apa yang sedang kita lakukan utk memahamainya? Tunggu? Tanya? Baca?
Apakah yang dimaksudkan dgn cahaya? Pelita besar? Minyak? Pohon Zaitun? Tidak timur dan tidak barat? Cahaya di atas cahaya? Dan ingatlah:
“Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki…”
Saya barangkali boleh menggagahi diri menaip sehingga berjam – jam, sedang ia barangkali tidak dibaca, atau dibuka dan di’delete’ seta merta kerana terlalu banyak emel masuk lepas seminggu bercuti… barangkali kita adalah pensyarah kanan di university ternama…ada PhD… tapi ingat… “Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki…” Barangkali, inilah jawapannya kepada persoalan, kenapakah orang itu dan ini masih belum mahu mengerti sedang dia bukanlah calang2 orang… Alhamdulillah kita ini bukan siapa2 tapi merasa ‘dibimbing’.
Adakah benar kita ‘dibimbing’?
Jawapan: yg ini anda jawab sendiri
Sampai jumpa lagi.
Azley
..............................................................................
Pertanyaan awal:
Assalamualaikum semua,
Saya cuba fahami apa yang En. Azley cuba sampaikan. Nampaknya bukan setakat menyampaikan dan dihargai atau dihayati malah rasanya lebih dalam daripada itu. Bila saya melihat e-mel tentang freemason dan lirik lagu M. Nasir, saya makin tertanya-tanya apa sebenarnya yang cuba dikongsi.
Rasanya, sudah terang lagi bersuluh.
Mengapa kita perlu mempersoalkan tentang apa yang diserapkan oleh golongan tertentu ke dalam AJL sedangkan AJL itu sendiri bukan budaya / amalan yang diajarkan oleh Rasulullah kepada kita. Ibarat dalam sedulang hidangan ada gulai babi panggang, maka apa peliknya jika ditambah daging katak goreng berempah atau sup kepala kucing. J Persoalannya, siapa suruh kita makan???
Kalau ‘budak-budak sekarang kata “Ada aku kisah?”. Maka tak payah berkisah lah dengan mereka. Soalnya kalau kita nak berkisah jugak…kena ada caranya. Islam ada caranya tersendiri untuk menyelamatkan semua orang. Bukan melalui lirik M.Nasir, bukan juga melalui pemikirannya. Nak kaji lirik M.Nasir ker?...aaahhhh penatnya. (Ini lain topik daaa…)
Dunia ini hanya jambatan. Siapa nak kekal duduk kat atas jambatan, duduklah… sebab kalau ramai-ramai duduk kat atas jambatan, lama-lama jambatan tu runtuh sebab berat sangat.he..he..
Sebaik-baik Pentadbir adalah Allah. Bila Allah mentadbir, pentadbirannya lengkap dan sempurna. Jika dikatakan saya akan mati pada jam 1.55 minit 08 saat, maka matilah saya tanpa tertangguh sesaatpun. Kalau manusia mentadbir, ada ajer tangguh-tangguhnya atau selit-menyelit selagi boleh. Surat syor contohnya. He..he..
Jadi, jangan kita lupa keupayaan tuhan mentadbir.
Allah mentadbir lengkap dengan startegik planningnya yang tiada penghujung. Kita buat stategik planning pun ada tahap-tahapnya. Itupun ada yang tak tercapai, digugurkan dan sebagainnya. Dengan kata lain, tidak cukup sempurna.
Jangan lupa. Setiap sesuatu yang berlaku Allah telah atur dengan sempurna dan maklumat itu dikongsi bersama dengan semua sebab Allah tak kedekut ilmu. Ilmu Allah tersangat luas. Cuma kita boleh garap ilmu itu atau tidak. Kalau boleh garap pun, logic akal akan mula mempersoal. Itulah sebabnya tak jumpa clue atau jawapan.
Dari awal penciptaan Nur Muhammad, semua telah diatur. Malah sebelum penciptaan iblis pun, sudah dimaklumkan kepada para malaikat yang Allah akan ciptakan satu makhluk yang akan menentang/menderhakai Allah kerana makhluk itu akan Allah jadikan mekanisme untuk menguji ketaatan hamba-hamba Allah macam kita ni lah. Jadi mengapa salahkan Iblis. Dia hanya melaksanakan apa yang sepatutnya. Salahkanlah diri sendiri. (Macam dalam lirik M. Nasir lah pulak..hu..hu) Cuma…time Malaikat semua mintak gurunya berdoa agar Allah tidak memilih mereka masing-masing, gurunya yang over confident (takjub, takbur etc) tidak mendoakan diri sendiri. Maka guru tu lah yang terpilih menjadi Iblis. Azazil bertukar menjadi Iblis sedangkan setiap inci dunia telah pernah disentuh oleh dahi Azazil untuk bersujud. (Cerita selingan)
Kalau ada golong yang menentang, tentu ada juga golongan yang mempertahankan. Takkan lah Allah nak biarkan ajer agamanya tercemar dan tidak didaulatkan. Masalahnya adakah kita sedar?
Kita menunggu kedatangan Imamul Mahdi, takkan melangut ajer menunggu? Pas tu bila Al-Mahdi muncul, kita nak buat apa? Pakat ramai-ramai ikut belakang dia gi berperang dengan Dajjal dan Yahudi Laknatullah? Gitu ker? He..he.. kita kata Yahudi musuh kita, pastu kita guna face-book untuk kayakan orang Yahudi tu.. Kat mana stand kita??? (Ooops Sori, komen melampau!)
Bukan gitu starategi tuhan. Ada sudah jadual yang diaturkan. Cantik benar tersusun jadual itu. Tahu kah kita?
Lain kali kita citer lah.Ada banyak lagi nak cakap oooo. Tentang Al-Fateh yang dijadualkan tuhan menakluk Kota Konstentinopol. Tentang Sultan Mizan yang semasa di dalam buaian telah disebutkan tentang kewibawaannya oleh Tok Ku Paloh kepada Ayahanda Baginda. Ini jadual tuhan juga. InsyaAllah kalau ada rezeki.
Wassalam semua. Maaf Zahir Batin.
Tulisan saya kepada rakan2 pada kalai pertama:
Saudaraku,
Saya kira kalian adalah orang yang dapat, jika tidak meghayati, menghargai apa yang ingin saya kongsi. Secara ringkas saya ingin sampaikan bahawa:
1. Dalam melayari hidup ini kita perlu faham kenapa kita dicipta dan kemana kita akan pergi. Untuk itu, kita harus sedar halangan yang akan kita depani – ranjaunya, jerihnya, pahitnya, fitnah dll.
2. Sejarah, masa kini dan masa depan – semuanya penting.
3. Sejarah – manusia dicipta, Iblis enggan sujud dan berjanji akan sesatkan manusia, dia (Iblis) mohon tangguh dari Allah, Allah beri tangguh hingga hari kiamat, lalu jadilah dia “kafir”****
4. Kemudian akan datang dajjal – banyak tafsiran tentang Dajjal. Barangkali ia adalah metafora dan konseptual sifatnya. Justeru, calon tunggal dajjal adalah “amerika syarikat”.
5. Kemudian datang sang penyelamat yang akan menyelamatkan dunia ini dari kemungkaran, kerosakan dan kekufuran serta membawa kedamaian, kesejahteraan, kemakmuran dan kerahmatan. Manusia itu dalam tradisi Islam adalah al Mahdi. Terdapat ayat al Quran dan banyak hadis2 tentangnya.
6. Al Masih Isa anak Maryam akan bergabung dengan al Mahdi dan menghapuskan Yahudi. Islam dan Kristian bersatu. Barangkali Palestin hanya akan bebas jika sang penyelamat tiba. Lihatlah, apa diharap pada Obama? Bukankah yang menyokong kuat Israel adalah amerika syarikat?
7. Apa kena mengena dengan kita? Kata budak2 sekarang “ada aku kisah”? Jawapannya: “kena kisah” kerana, dunia sedang menuju kehancuran, bukti – bukti saintifik dan dalil2 naqli jelas menunjukkan satu demi satu tanda ‘kiamat’. Ada yang menjangkakan 2012, 2015 dll. Ya, ada yang mengatakan itu hanya andaian, dan telah terbukti banyak andaian dan jangkaan sebelum ini ‘salah dan ‘meleset’. Soalnya, kenapa masih ramai yang percaya spekulasi di Bursa Malaysia dan ramalan pertumbuhan ekonomi sedang ia telah ratusan malah ribuan kali terbukti salah. Dan berapa ramai yang menyesal seumur hidup kerana tak percayakan ramalan yang akhirnya menjadi reality. Adakah ramalan ini terlalu remeh hingga ia bias saja dikesampingkan. Walhal, ia adalah masa depan umat ini.
Adakah kita bersedia menyambut kedatangan penyelamat? Adakah Iblis seperti di perenggan (3) tidak punya strategi, semberono, main redah. Saya yakin Iblis tidak cakap kosong bila dia berjanji depan Allah. Sudah tentu dia dibantu oleh ‘kafirun’.lihat ayat ini “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para Malaikat, sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka, kecuali iblis. Ia enggan dan takbur, dan adalah ia termasuk dalam golongan orang kafir. (Surah al-Baqarah Ayat 34)
8. Jika saudara mahir bahasa Arab, kalimah ‘kafirun’ adalah dalam ragam jamak (plural) yang membawa maksud ramai. Dan sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Iblis boleh menjelma dalam pelbagai bentuk kecuali Muhammad S.A.W. Dalam Zaman 2010, Iblis sudah pasti lebih mahir dan pandai berbanding pada Zaman dahulu…justeru, mengaitkan Iblis dengan hantu jembalang dan rasukan sudah agak lapuk dan hanya laris di majalh picisan sahaja. Iblis barangkali wujud dalam versi – versi yang lebih sofistikated – persatuan rahsia (secret society) seperti Freemason dan Illuminati punya elemen dan ritual yang mirip kepada pentembahan syaitan/iblis. Penggunaan lambang ‘lucifer’ dalam wang kertas amerika syarikat dan pelbagai lagi simbol-simbol syarikat – syarikat besar termasuk di Malaysia tidak boleh dipandang remeh dan gampang kerana ‘lucifer’ lebih dekat kepadas Iblis. Saya terbaca dalam satu artikel bahawa, Freemason yang ditubuh sekitar 1677 (jika tak silap saya), adalah persatuan yang sedang dalam usaha menggerakkan penubuhan satu empayar dunia dan new world order akan digunakan. Agama dihapuskan. Barangkali ustaz2 kita kurang arif hakikat ini, mrk asyik bercerita soal poligami dan mandi hadas dari dulu hingga sekarang, sedangkan telah ada golongan yang sedang menunggu dajjal. Freemason dikatakan sedang menunggu dajjal sedang kita masih bertelingkah sesame sendiri tentang keberadaan al Mahdi walaupun telah ada janji2 Allah dlm al Quran. Lihat ayat ini:
a. Surah al-Qashash (28) : 5
وَ نُرِيْدُ أَنْ نَمُنَّ عَلَى الَّذِيْنَ اسْتُضْعِفُوْا فِي الْأَرْضِ وَ نَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَ نَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِيْنَ
“Dan Kami ingin memberikan anugrah kepada orang-orang yang tertindas di muka bumi ini, menjadikan mereka para pemimpin, dan menjadikan mereka sebagai para pewaris.”
Dan ayat ini:
“Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih untuk menjadikan mereka sebagai khalifah di muka bumi ini sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka sebagai khalifah, menyebarkan bagi mereka agama yang telah diridhainya untuk mereka secara merata dan menggantikan ketakutan mereka dengan rasa keamanan (sehingga) mereka dapat menyembah-Ku dan tidak menyekutukan-Ku. Barangsiapa ingkar setelah itu, merekalah orang-orang yang fasiq.”
9. Hal – hal sebegini jika ditinjau secara sedar akan memberi satu macam kepuasan dan ketenangan kepada kita. Setiap detik dan masa akan terasa terlalu cepat berlalu, banyak lagi yang perlu dikaji, hidup menjadi begitu manis dan bermakna.
Tulisan ini barangkali panjang, tetapi seolah2 ada semacam satu rangsangan entah dari mana untuk menulis sepanjang ini dengan penggunaan teknik kopipes (copy paste) pada tahap paling minimal dalam sejarah penulisan saya. Saya kira, semuanya yang saya tahu atau intipatinya telah saya luahkan dalam tulisan kali ini.
Saya sudahi e-mel kali ini dengan satu pertanyaan:
“Islam dijamin akan mencapai kemenangan oleh Allah tetapi malangnya kita masih belum menang dan menjadi umat yang mundur dan sentiasa ditekan oleh gerakan zionis pimpinan Amerika Syarikat dan sekutunya. Mengapa terjadinya perkara malang begini?”
Azley.
respon teman2 terhadap tulisan saya
Saya selalu dapati saudara mempunyai keunikan dalam mesej yang ingin disampaikan.
Saya pasti akan memberi respon tatkala mempunyai ruang waktu untuk berbuat demikian.
Saya juga berhasrat untuk bertanya lanjut mengenai iltizam yang dimuatkan dalam public speaking tempoh hari.
InsyaAllah, e-mel yang lebih terperinci akan menyusul kemudian.
azley
No comments:
Post a Comment