Sunday, November 1, 2009

Memorandum Bantahan Terhadap Perlantikan Dr. Mohd Asri sebagai YDP YADIM

MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP PELANTIKAN DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN SEBAGAI YDP YADIM

Memorandum Kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Bertarikh 12 Oktober 2009.

Diserahkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Memorandum bagi pihak majoriti umat Islam Malaysia ini dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj supaya menarik balik pelantikan Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr Asri) sebagai Yang Di Pertua YADIM.

Alasan Memorandum ini ialah antara lainnya :-

1. NGO-NGO Islam arus perdana yang terlibat dengan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) kelolaan YADIM sentiasa bekerjasama di dalam menegakkan dakwah Islamiyah di Malaysia. Hanya beberapa NGO kecil sahaja yang dapat menerima idea bahtera perubahan yang cuba dibawa oleh Dr Asri yang seringkali tidak seiring pandangannya dengan sebahagian besar ulamak dan NGO-NGO Islam arus perdana. Kerajaan sepatutnya menghormati kerjasama MAIM di bawah naungan YADIM yang telah dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong. Pelantikan Dr. Asri hanya akan memutuskan tali silaturrahim yang terjalin dan MAIM akan pincang sekiranya Dr Asri menerajui YADIM. (azley: salahkah tak sependapat dgn majoriti?)

2. Dr Asri yang terpengaruh dengan pandangan dan pendekatan ulamak tertentu juga seringkali bertentangan pandangan dengan para ulamak dan Mufti-Mufti negeri lain. Dalam berhadapan dengan perbezaan pendapat ini, Dr Asri telah mengambil pendekatan berkonfrantasi secara terbuka tanpa menitik beratkan soal adab dan kemaslahatan umat Islam keseluruhannya. Semasa menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis beliau kerapkali membelakangkan pandangan Jawatankuasa Mufti peringkat Kebangsaan dan sentiasa lari dari berdialog secara tertutup dan beradab, sebaliknya mencari populariti di media. Keadaan ini akan menyukarkan YADIM dan MAIM untuk bergerak sekiranya tiada hubungan erat dengan Mufti-Mufti. (azley: MAIM ni aper? tak pernah dengar pun... kalau asyik meeting222222 pastu makan karipap sardin dgn teh tarik... masyarakat pun tak kenal, takder pun takper..)

3. Dr Asri mendakwa dirinya dan pengikut-pengikutnya sebagai ahlu-sunnah tetapi mereka menolak dan tidak mengiktiraf kebanyakan ulamak dan umat Islam lain yang di luar dari lingkungan pengikutnya. Beliau juga tidak mengkitiraf iktikad ahli sunnah wal jamaah dari mazhab-mazhab fiqh seperti Mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali bahkan dalam keadaan tertentu menolak hadith yang diriwayat oleh Imam Bukhari. (azley: define dulu apa itu ahlu sunnah, siapa dia? penting sangat ker? selain ahli sunnah takleh ker? ...aper hanya ada 4 tu jer ker mazhab? sejak biler dorang ni (shafie, hanafi, maliki, hambali) mula memperkenalkan mazhab ni? sebelum dorang hidup... takder ker ahlu sunnah? ... define beb...80% masalah berpunca dari definisi yg tak jelas)

4. Pendekatan Dr Asri dan para pengikutnya telah mencetuskan berbagai perbalahan di kalangan umat Islam apabila mengkritik berbagai amalan umat Islam di Malaysia kononnya ia tidak mengikut sunnah seperti amalan membaca Yaa Sin pada malam Juma’at, amalan bertalqin, tahlil, doa selamat, seolat hajat, wirid selepas solat. Beliau juga mencerca para ulamak besar seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali yang tidak perlu disebut kehebatan dan keilmuan mereka. Bahkan akibat dan malapetaka yang bakal timbul dari pendekatannya ini amatlah besar sebagaimana yang sedang berlaku di beberapa buah negara Islam. Malapetaka ini sewajarnya dibendung dan bukan disemarakkan lagi. (azley: baca yasin, tahlil, doa selamat ni adat jer... buat takper tak buat pun takper... pe de hal? tupun nk gaduh... )

5. Akibat dari pendekatan ekstrem Dr.Asri dan pengikutnya ini kebanyakan Majlis Agama Islam Negeri-negeri telah menyekat kegiatan pengajian yang dijalankan oleh mereka. Malah beberapa guru agama dan penceramah yang sealiran dengan mereka sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah Syariah kerana mengajar tanpa tauliah. Antaranya Dr. Abdullah Yasin yang menghadapi beberapa kes di negeri Selangor. (azley: takder tauliah? bagi ler tauliah... habis cerita...susah beno masalah korang ek?)

6. Dr Asri hingga kini mempertikaikan undang-undang jenayah Syariah negara serta mentafsirkannya tidak mengikut peruntukan undang-undang dan hukum syarak yang diterima para Ulamak dan masyarakat Islam. Dengan melantik seorang yang berpandangan dan pendekatan seperti ini, ia akan melenyapkan keyakinan dan kepercayaan umat Islam bukan sahaja kepada YADIM malah kepada kerajaan keseluruhannya atas kegagalan memelihara ajaran dan amalan Islam yang dipegang selama ini. (azley: sejak biler umat Islam percaya YADIM?)


7. Pendekatan ekstrem Dr.Asri telah mengundang pelbagai akibat dan keresahan di kalangan umatIslam di seluruh Negara khususnya di negeri Perlis. Imam-imam di Perlis yang tidak mendokong aliran Dr Asri telah diketepikan malah baru-baru ini mereka telah ditukarkan atas alasan yang sama (beritaberita sebegini telah tersiar di dalam akhbar-akhbar utama negara). Cercaan beliau dan pengikutnya kepada amalan solat hajat kononnya ia satu bentuk maksiat dalam masjid telah mengundang perbalahandan beberapa kejadian pergaduhan. (azley: solat hajat ni yg perlu di'settle' kan, bukan asri... kalau sesaper ada dalil adanya solat hajat, send kat saya di azley@mqa.gov.my)... sy pernah dengar ustaz dlm kelopmpok asri cakap takder dalil yg kata ada solat hajat... yg ada solat sunat biasa...usolli sunnatan hajati ...dua rakaat...(bro yg kuat solat sunat pls confirm, korang ingat tak kisah sahabat yg kuat solat sampai mak dia panggil dia tak jawab, solat apa tak habis2 tu... solat sunat biasa jer kut) pastu doa lerr minta hajat... ataupun, tunggu ler solat fardhu...(lambat ler sikit)... aku jumpa jugak hadith dlm buku2 kecik kt pameran buku...buku2 agama ni kadang2 kopipes jer...nama pengarang nyer mesti ader al al... bunyi cam arab sikit, tah saper2 tah... kalau ader dalil tak disebut solat tu solat hajat... nabi kata pergilah solat tapi nabi tak cakap pergilah solat hajat...jgn berbohong atas nama nabi... nabi tak kata, kata nabi kata... )

8. Sebagai seorang yang terlalu muda serta gagal menghayati budaya adab sopan umat Islam di malaysia, Dr Asri lebih banyak mengundang kontroversi dan merupakan seorang yang keras, elstrem serta tidak dapat menerima teguran, pandangan dan kritikan orang lain. Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-negeri lain selain Perlis, Tokoh-tokoh agama arus perdana termasuk semua para Mufti Negerinegeri (kecuali Perlis) serta tokoh-tokoh seperti Prof.Datuk Dr.Ismail Ibrahim, Tan Sri Syeikh Ghazali Abd Rahman bekas Ketua Pengarah JKSM, Dato’ Hashim b.Yahya bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Nooh Gadot dan ramai lagi amat tidak senang dengan pendekatan dan pendirian sebegini. (azley: tak setuju aturlah forum, debat, bahas, tak yah tangkap ler... tak best ler camni...sikit2 tangkap... cukuplah kes2 gallileo, hang nadim....we never learn..)

9. Penolakkan oleh sebahagian besar tokoh agama dan umat Islam terhadap pemikiran danpendekatan beliau dalam amalan agama adalah kelemahan besar Dr.Asri dan amat tidak sesuai untuk menerajui sebuah agensi dakwah yang ditunjangi oleh Kerajaan Malaysia. Peribadi yang lebih berhemah dan memahami manhaj dan metodologi dakwah di Malaysia adalah lebih wajar menerajui YADIM. Terdapat ramai lagi tokoh lain yang tidak kontroversi yang datang dari golongan Muslim arus perdana yang boleh dilantik menerajui YADIM dan diterima oleh masyarakat Islam arus perdana. (azley: YADIM perlu asri kut... kalau tak datang saper pun samer jer...yg nak lantik pun mesti ler PM takkan penghulu yg nk lantik dia... org nk lantik dia, bukan dia isi form mintak keje ni)

10. Dr Asri bukan sahaja ditolak oleh majoriti penyokong UMNO, malah beliau juga tidak disenangi oleh penyokong PAS yang merupakan 2 parti umat Islam terbesar. Hanya segelintir dari masyarakat Islam yang berpendirian ekstrem dalam hal furu’ atau perkara cabang yang gembira dengan pemikiran dan pendekatan beliau. Kami bimbang Kerajaan Persekutuan akan disisihkan oleh umat Islam dalam kegiatan keagamaan dan amalan keagamaan yang seragam dan telah sebati di seluruh Negara tidak lagi menjadi arus perdana di masa akan datang, manakala Pihak Berkuasa Agama Negeri mengambil pendekatan berbeza dari Kerajaan Persekutuan.
(azley: ditolak oleh parti politik maksudnya tak bagus?... furuq?..banyak hadis2 menyatakan bahawa pelaku bidaah masuk neraka... taip bid'ah kt google... banyak hadis kan? kalau masuk neraka, maskudnya kita kene discuss betul2 bab ni... takleh sambil lewa... org sembahyang pun masuk neraka... ini bukan aku cakap...ada dalam al Quran... yg asri dok cakap sana SINI TU PENTING DOL... jaga2... )
Diserahkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
Ditandatangani oleh:
Mohamad Isa bin Abd RalipPresiden PGSMBertarikh 12 Oktober, 2009

Badan-Badan Bukan Kerajaan Yang Menyokong Memorandum ini –
1. Persatuan Pegawai-Pegawai Syariah Malaysia
2. Yayasan Sofa Negeri Sembilan
3. Yayasan Jenderami
4. Pertubuhan Muafakat Masyarakat Sejahtera (MUAFAKAT)
5. Persatuan Peguam Syarie Malysia
6. Persatuan Peguam Muslim Malaysia
7. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
8. Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS)
9. Jemaah Islah malaysia (JIM)
10. Persatuan Ulamak Malaysia
11. Yayasan Paksi Kedah
12. Persatuan Ulamak Kedah
13. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)

(azley: dengar2 komen org asri ni direbut oleh dua golongan... robinho direbut Chelsea dan Manchester City.... dia ader pengaruh, kalau ko tak amik dia, org amik dia... org muda suker dia ni... tak amik melepas ko... team lawan dah hantar ejen... window transfer dah dekat...)

Sumber:

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/11/1/mstar_berita/20091031235819&sec=mstar_berita

5 comments:

altimi said...

Ni semua Nakhaei "UMNO kapir" punya kerja...

Anonymous said...

aduss altimi.. sedapnya cakap orang kapir.. moga tuan dapat masuk syurga..

Hamba Allah said...

moderator blog ni hanya akan sensor komen yang mencarut sahaja... selain dari mencarut, komen je lah... itu tandanya ada org baca blog kita... setakat menulis utk diri sendiri baik taip kt MS Word... simpan kat my document...hehehehhe 'sharing is caring' 'ilmu hanya berguna bila dikongsi'
......live is too short to be ordinary (azizi ali)

altimi said...

Tak ingat ke dulu Nakhaie berganding bahu dengan adi mengkafirkan UMNO.........

altimi said...

Bila nak ulas pasai bai'ah Parti jaran Sesat N.Ajis?