Wednesday, December 16, 2009
Dari Facebook aku
Khairulzani Abdullah
Thanks bro... tentang hal jamak tu memang ada beberap khaul yang boleh jamak tanap musafir macam hujan lebata dsb tapi itu dikira dalam keadaan darurat. Apa-apa hala kena buat penjelasan yang betul supaya takde yang pakai sebab nak "senang" bukan sebab "kemudahan".
Kalau nak tengok hujan lebat kat mekah kena la tengok berita masa musim haji lepad ... See Morebila jeddah banjir. Sebab tu la boleh jamak agaknya. Klu fikir balik setakat hujan lebat dan ada dalam rumah, nak watpe jamak kan? semayang je la macam biasa. So kena ada penjelasan lanjut en azli. apa-apa hal thank s for your wish...syukran.
December 10 at 4:05pm
Azley Ahmad
bro, pasal hujan tu, itu ada dalam matan hadis tu, so no quarell on that matter kut, bisanya ada dlm old fiqh...kitab2 atuk kiter yang sudah bertukar warna kertasnya kepada kekuning - kuningan tanda udoh usang... citer nyer gini, kalau kiter gi masjid utk sembahyang magrib...pastu lepas jer magrib...hujan le pulok lebat lak tu... nk tunggu isyak lambat lagi...nk balik nanti basah takleh ler berjmaah isyak... so, jamaah tu bole ler jamak...ok? itu old fiqh beb, sekarang hujan bukan lagi kesusahan... this is 2009... tapi lu kene ingat bro, dalam fiqh ni ada keringanan atau ruksoh... sekali nabi cakap atau buat terpakai ler sampai kiamat... tu bab nasakh mansih... maknenye selagi hukum tak dibatalkan, kekal ler ianya...cam ustaz lak aku... tengok ler hukum boleh jamak qasar ... boleh jer, tak payah nk warak lebih dari nabi nk sembahyang penuh pulok, kalau nk ikut takder susah mana nk sembahyang skang ni...kt PLUS tu melambak2 RNR...tapi maudhok solat qasar bukan itu jer...ia hadiah kpd kita umat akhir zaman... kalau sultan bagi hadiah, boleh ker kita tolak? ni plak hadiah dari Allah, tunjuk sikit kt aku saper dia badigol yg eksen tolak hadiah Allah? FYI, nabi tak pernah tak jamak qasar bila bermusafir... kalau ler boleh tak jamak masa musafir dah tentu nabi sembahyang penuh at least sekali dalam hayat nyer... kalu aku cakap lebih2 pun org bukan nk terima... aku ni sapa... aku pun bukan ada agenda apa2... cuma nk hayati keindahan Islam... progresif, maju...kata Dr Asri:...
"...Sementara dalam soal fekah, ada keluasan yang diberikan oleh syarak yang boleh kita amalkan, namun ramai orang masih takut dengannya. Umpamanya, di sebelah Eropah ini, pada musim sejuk seperti sekarang, waktu siang agak singkat. Waktu solat mereka berkejaran dengan waktu kelas atau peperiksaan. Sebenarnya, dalam hal yang seperti ini, mereka boleh mengamalkan solat jamak, tanpa qasar. Sekalipun jika mereka menganggap diri mereka sudah tidak bermusafir, mereka tetap mempunyai peruntukan untuk menjamakkan solat tanpa qasar. Jamak bermaksud menghimpun dua solat dalam satu waktu, samada pada waktu pertama, atau kedua. Ini bagi solat zohor dan asar, atau maghrib dan isyak. Maka boleh dihimpunkan solat zohor dalam waktu asar, atau sebaliknya. Demikian maghrib dan isyak. Adapun qasar, iaitu memendekkan solat empat kepada dua rakaat, maka ia dikhususkan untuk mereka yang bermusafir. Sementara jamak, boleh untuk dilakukan oleh mereka yang sakit, ketakutan, terlalu sibuk, hujan, terlalu sejuk, musafir dan segala kesusahan yang lain.
Dalam hadis Muslim, daripada Sa’id bin Jubair meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, katanya: “Rasulullah s.a.w bersolat Zuhur dan ‘Asar secara jamak di Madinah tanpa sebab ketakutan atau musafir”. Kata Abu Zubair: “Aku bertanya Sa’id mengapa Rasulullah s.a.w berbuat demikian?”. Jawabnya: “Aku pun pernah bertanya Ibn ‘Abbas seperti mana engkau bertanyaku, jawab Ibn ‘Abbas: “Kerana baginda mahu agar umatnya tidak beban”.
Maka bagi yang kesuntukan masa, seperti pelajar, atau doktor bedah, atau ahli parlimen, atau polis yang bertugas menjaga lalu lintas, atau mereka menjaga jentera yang sukar untuk ditinggalkan, maka peruntukan jamak ada dalam hadis ini untuk mereka.
(AZLEY: ASRI NI BUKAN NABI, DIA ORG BIASA MACAM KITA GAK...SO TAK PAYAH LER NK PAKAI SENARAI NI JER, BALIK LER KE SUMBER ASAL, HADIS SEBUT 'AGAR TIDAK BEBAN' ...MASING2 ORG ADA BEBAN SENDIRI, BAGI AKU BEBAN BAGI KORANG TAK BEBAN...HARI NI BEBAN, ESOK MUNGKIN TAK BEBAN... SEMUA INI, HADIS YG DIPETIK TAK HAD KAN KPD APA2 KESUSAHAN...YG BUAT SENARAI NI ULAMA2 KITA ATAS IJTIHAD MASING2...MUNGKIN BETUL MUNGKIN SALAH...DORANG MANA TAHU APA YG MEMBEBANKAN KITA...JADI, TANYA LAH DIRI ANDA SENDIRI...SEDIH JUGAK AKU TENGOK ORG P TENGOK BOLA TAK SOLAT MAGHRIB, ORG SAKIT KT HOSPITAL CAM AKU DULU...DUA HARI JER SOLAT PASTU DAH PONTENG...YERLAH KT TANGAN ADA TABUNG MASUK AIR TAK BERENTI2...10 HARI ...DENGGI...KALAU KENDURI KAWIN RAMAI YG PONTENG... TAKKAN NABI TAK TAHU SUMER NI AKN BERLAKU PADA TAHUN 2009... TAKKAN ALLAH BUAT SYARIAT UTK TAHUN 570 JER...ISLAM TU SESAUI SEPANJANG ZAMAN...
Namun malangnya di Malaysia, ada yang sanggup meninggalkan solat apabila masuk hospital atas alasan sukar untuk solat. Apa tidaknya, fekah yang diajar diajar begitu sukar kerana ditokok tambah berbagai hukum lain yang memayahkan. sehingga disuruh sesiapa yang sakit tidak mampu berwuduk sepenuhnya untuk wuduk separuh dan bertayamum sebakinya. Orang sihat pun hanya berwuduk, tiba-tiba yang sakit disuruh wuduk dan tayamum.
OK... KALAU NK LEBIH GOOGLE JER "JAMAK TANPA MUSAFIR"... IQRA' BEB...
December 10 at 6:31pm · Delete
Azley Ahmad
Solat Jamak menurut Al-Quran dan Sunnah Nabi____________________________________________________________________Sembahyang tetap 5 kali sehari semalam. Cuma waktunya sahaja yang ditakrifkan sebagai waktu bersama (jamak) - Subuh, Zohor bersama Asar, dan Maghrib bersama Isyak. Ini telah difirmankan dalam Al-Quran dan diterangkan dalam sunah Nabi. Dan, sememangnya yang lebih afdal adalah 5 kali dalam lima waktu. ... Berikut adalah petikan ayat suci Al-Quran dan Hadis Nabi yang menerangkan lebih lanjut sekitar perkara ini:1. Surah al-Israk ayat 78:"Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan dirikanlah pula) solat subuh.
Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat)". a. Sesudah matahari tergelincir: Waktu bersama (jamak) Zuhur dan Asar.b. Gelap malam: Waktu bersama (jamak) Maghrib dan Isyak.c. Solat Subuh. (Inilah konsep 3 waktu tapi 5 kali sehari semalam- namun afdalnya dipisahkan seperti yang dilaksanakan sekarang).2. Surah al-Israk ayat 79:"Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai ibadah tambahan bagi kamu, mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji"Sebahagian malam hari: Sesudah waktu bersama (jamak) Maghrib dan Isyak habis (Sesudah lebih kurang 12.30 t/malam)- Inilah waktu solat tahajjud yang sebenarnya.
'Ayat al-Quran berikut ini lebih mengkhususkan lagi:3. Surah Hud ayat 114:"Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam".Kedua tepi siang (pagi dan petang): Mengisyaratkan waktu solat subuh (pagi) dan waktu solat Zuhur bersama Asar (petang). Bahagian permulaan daripada malam: Mengisyaratkan waktu bersama antara Maghrib dan Isyak. Digunakan istilah bahagian permulaan daripada malam sebab bahagian akhir daripada malam adalah untuk solat tahajjud. (Lihat Surah al-Israk ayat 79). Sehubungan itu, dikemukakan sebahagian kecil daripada hadis-hadis tentang solat jamak.
Dalam kitab hadis Shahih Bukhari (diterjemah H. Zainuddin Hamidy - H.Fachruddin Hs, H. Hasharuddin Thaha - Johar Arifin, A. Rahman Zainuddin M.A; cetakan 2003 oleh Darel Fajr Publishing House, No. 37, Geylang Street, Singapore):• hadis no. 306 Berita dari Ibnu Abbas ra. mengatakan, bahawa Nabi saw salat di Madinah tujuh dan lapan rakaat. Yaitu salat zohor dan asar (dikerjakan berturut-turut pada waktu yang sama tujuh rakaat).
• hadis no 310 kata Abu Umammah ra. "Kami solat zohor bersama Umar bin Abdul Aziz, setelah itu kami pergi menemui Anas bin Malik dan kami dapati dia sedang salat asar. kataku kepadanya 'Hai pakcik! salat apakah yang pakcik kerjakan ini?' jawabnya, 'Salat Asar! dan inilah (waktunya) salat asar Rasulullah saw, dimana kami pernah salat bersama-sama dengan beliau'.......dan dalam kitab Sahih Muslim (diterjemah Ma'Mur Daud ditashih Syekh H. Abd. Syukur Rahimy; cetakan 2003 oleh Darel Fajr Publishing House, No. 37, Geylang Street, Singapore):
• hadis no. 666 Dari Ibnu' Abbas r.a., katanya: "Rasulullah saw pernah (baca: telah) menjama' salat Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isyak tidak ketika takut dan tidak pula dalam perjalanan (baca: musafir)".
• hadis no. 667. dari Ibnu Abbas ra. katanya: "Rasulullah saw pernah menjama’ salat suhur dan asar di Madinah tidak pada waktu takut (perang atau dalam keadaan bahaya) dan tidak pula dalam perjalanan. Kata Abu Zubair, dia menanyakan hal itu kepada Sa'id, "Kenapa Rasulullah saw sampai berbuat demikian?' Jawab Sa'id, "Aku pun pernah bertanya seperti itu kepada Ibnu Abbas, maka jawab Ibnu Abbas: 'Beliau ingin untuk tidak menyulitkan umatnya'
• hadis no. 670 dari Ibnu Abbas ra. katanya: 'Ketika Rasulullah berada di Madinah, beliau pernah menjamak solat zohor dengan asar, dan salat maghrib dengan Isya’, tidak pada saat perang dan tidak pula ketika hujan. Waki' bertanya kepada Ibnu Abbas, 'Apa sebabnya Nabi saw berbuat demikian?' Jawab Ibnu Abbas, "Supaya tidak menyulitkan umatnya".... .
• hadis no. 671 dari Abdullah bin Syaqiq ra. katanya: 'Pada satu hari sesudah asar, Ibnu Abbas memberikan pengajian dihadapan kami hingga terbenam matahari dan bintang-bintang sudah terbit. lalu jemaah berteriak, "salat! salat!" bahkan seorang laki-laki Bani Tamim langsung berdiri ke hadapan Ibnu Abbas, lalu ia berkata "salat! salat!" Kata Ibnu Abbas, "Apakah engkau hendak mengajariku tentang Sunnah Nabi, yang engkau belum tahu? Aku melihat Rasulullah saw menjama salat Zuhur dan Asar dan Maghrib dengan Isya’". Kata Abdullah bin Syaqiq, 'Aku ragu kebenaran ucapan Ibnu Abbas itu. Kerana itu aku bertanya kepada Abu Hurairah. Ternyata Abu Hurairah membenarkan ucapan Ibnu Abbas itu".Berdasarkan hadis-hadis ini dapat disimpulkan bahawa di kalangan para sahabat sendiri telah berlaku perselisihan pendapat sama ada boleh atau tidak menjamakkan solat tanpa musafir.
Lihat misalnya Abu Umammah (bertanya kepada Anas bin Malik) dan Abdullah bin Syaqiq (merujuk kepada Abu Hurairah) bagi memastikan kebenarannya. Jika para sahabat Nabi yang terkenal dengan ilmunya masih berselisih pendapat maka tidak hairanlah jikalau kita masih meneruskan tradisi saling berselisih pendapat seperti pada zaman para sahabat. Bukankah sahabat itu seperti bintang-bintang? Yang pastinya hadis-hadis tentang solat jamak ini bukan sahaja terdapat dalam sahih Bukhari dan Muslim namun terdapat juga dalam kitab-kitab hadis yang lain.(ini sumer aderlah kemahiran kopipes aku yg tiada tandingan...bukan kau yg tulis)
December 10 at 6:42pm · Delete
Khairulzani Abdullah
Bro.. jangan salah sangka lak... aku syok baca ko punya bicara ilmu tu. Cuma aku bagi cadangan supaya ia diperjelaskan dengan betul berserta bukti-bukti hadis or firman bagi menyokong bicara tersebut macam yang ko buat ni... best. Memang power kemahiran koipes ko ni. Itulah yang aku maksudkan. Sebab benda macam ni kena ada ilmu atau ada yang ... See Morebagitau kenapa, bagaimana dan bila baru boleh ikut. Kalu main ikut je tapi tak tau kenapa ikut, Nabi pun marah. Itu yang dikatakan belajar. Itu maksud aku bila kata guna sebab nak "senang" bukan sebab "kemudahan". Kemudahan dan anugerah tu nak-nak yang Rasulullah buat memang dah jadi sunnah kalu kita buat. So apa yang kau buat ni memang betul sebab ada skongan dan hujah-hujah yang jitu. Salute bro... Sebab benda-benda macam ni ramai yang tau tapi tak berapa faham untuk dilakukan macam bolehnya solat jamak bila balik kampung. Ada yang faham kalau bermusafir @ mengembara saja yang boleh jamak. Klu balik kg takleh sebab banyak kemudahan dan R&R macam yang ko kata tu. Begitu juga bolehnya jamak tanpa perlu bermusafir. Orang tak reti macam aku ni yang perasan dan rasa macam dah tau suma pun terperanjat le bila dengornya. Bila ko bagi hujah-hujah tu baru le ada percaya di hati. Ya la ko pun bukan ada tauliah JAIS pun kan. Tu pasal la...Hehehe... Keindahan tu lebih indah bile boleh dihayati bersama-sama... Salute...
Mon at 2:35pm
Azley Ahmad
aku tengah jual idea nih... aku anggap takder saper yg beli...ko sorang jer yg respons...nampaknya ko jer yg beli... di kalangan prof - prof dan pensyarah2 dlm bidang agama, perkara ni memang amalan dorang... tapi dorang takleh nk kabo kt public sebab nk faham bende ni kene penerangan yg lama dan takleh cakap dlm ehwal islam, halaqah sebab tahap2 pemahaman public itu berbeda - beda dan boleh mengelirukan... tanggung jawab individu utk buka fikiran, study hujah2...dptkan maklumat... teliti syarah ulama2... dlm kitab2 muktabar dan yg penting jgn berhenti bertanya...dan mempersoalkan...
Dalam kitab hadis Shahih Bukhari • hadis no. 306 Berita dari Ibnu Abbas ra. mengatakan, bahawa Nabi saw salat di Madinah tujuh dan lapan rakaat. Yaitu salat zohor dan asar (dikerjakan berturut-turut pada waktu yang sama tujuh rakaat).......apa maksudnyer di sini? ikut kt guru aku, maksudnya :1. nabi solat magrib dan isyak berturut2 (3+4=7)... See More2. nabi solat zuhur dan asar berturut2: 4+4=83. nabi soalt spt di (1) dan (2) di Madinah, maksudnya di tempat tinggalnya...maksudnya dia tak musafir... aku berani bersumpah... kalau kita cadangkan kpd org2 tua di sekeliling kita yg dok belajar agama bagai nk rak... supaya solak jamak biler ada masalh.. contoh : sakit, spesifik lagi demam... baring jer kt atas katil... Jamak ler...zohor + asar, maghrib + isyak... jadi ringan ler sikit pesakit ni...inilah semangat Islam...tolak ansur dlm fiqh... sesungguhnya aku(azley) solat sebagaimana nabi solat di Madinah 7 dan 8 rakaat... cth lagi: kenduri... makan satart kul 12, habis kul 6 ptg... jadi penanggah... nk solat zohor tergesa-gesa, umah kenduri lak ramai org... nk solat tak selesa...kene que lagi... masjid jauh... nabi dah tunjukkan cara...degil tak nak ikut... dorang lebih pandai dari nabi tak nak jamak... biler disuruh jamak..digelaknyer kiter... mana kau belajar ni? kita bukan musafir... seolah2 itu jer ler satu2nyer sebab dbolehkan jamak... ustaz2 banyak yg tak tahu... pakai serban besar...hadis sahih muslim dan bukhari , kitab hadis paling popular bagi ahli sunnah pun tak baca ker?... biler nabi buat sesuatu, dia tak buat krn nak senang... dia suruh kita ikut dia... kita lak degil... seolah2 kalau tak susah tu tak Islam ler... tak shafie ler... 3 abad pertama umat Islam takder pun Mazhab... berdosa ker mrk semua tu?satu aku nk pesan kalau bermusafir, kene qasar... takleh jamak sajer... kalau ada sesaper ader dalil yg kata nabi pernah sembahnyang penuh , tak qasar, masa musafir, emel kt aku di azley@mqa.gov.my... boleh ker kita buat yg nabi tak buat? boleh ker tak boleh? tak boleh ler kan?pernahkah nabi terus berpuasa (tidak berbuka) jika bermusafir? jawabnya tak pernah. So, boleh ker terus berpuasa biler bermusafir? tapi biler kita cakap org kata kita sesat...pelik pulak... yg ikut nabi, dikata sesat...yg ikut pak lebai tekong tahlil yg itulah yg betul...org kita ni tradisi berpuasa tak der...puasa bulan ramadan jer... sebab tu dia jaga betul2...(konon ler) itu tak leh ini tak leh...aku (azley) berpuasa spt nabi berpuasa. aku berbuka kerana nabi berbuka... cuma jgn tunjuk kt org ler... nnt kene cekup dek pejabat agama naik van jenazah lak hahahhaha...nk terang bab ni, kene l er kaji.. prof2 pun tak sanggup, mufti pun tak berani... apa lagi kiter...sampai jumpa lagi....p/s aku kalau ada mesyuarat penting, aku jamak jer... takkan nk kuar jap org tengah mesyauart....masa aku keje kilang dulu solat zuhur kul 2.00 solat asar kul 4.30...selang 2 jam jer.... kalau tauke kilang tu org kafir...korang ingat dia bleh faham ker...> kejap2 solat...dalam satu line tu adaer 20 org... kalau sorang 5 min. 20 org berapa? ini cina dia fikir duit saja? nabi kita tak tahu ker bende cam ni akan berlaku pada 2009? Allah tak tahu ker? maha suci Allah dari segala kelalaian... sebab tu ler nabai bagi jalan...Jamak is the answer...Isalm bukan utk Cikgu sekolah saja, pegawai kerajaan, ustaz, ... Islam sesuai utk sumer org ...artis seswai tak? punkrock? hiphop?.... korang agak2 ler...doarng solat tak masa AIM? FFM? Skrin?.... agak2 jer takyah gimtanya dorang...kalau majlis start kul 9.00...korang agak2 kul bapa dia start make up... kul 8.30 ker? ....fikirkan....
Khairulzani Abdullah
Thanks bro... Sangat berilmu dan membuka mata. Aku klu balik kampung memang aku jamak dan qasar. Tapi tak berapa lama dulu ada ustaz datang kuliah kat opis aku. Imam masjid pinggir TTDI. Dia kata kalau kita balik kampung dan kita konfirm balik kurang dari 3 hari, takleh jamak bila dah sampai. Tapi kalau tak konfirm (mungkin lebih mungkin kurang) ... See Moreboleh jamak dalam masa 3 hari. Kalau biasa yang aku faham kalau tak gi tido mana-mana, lepas 3 hari baru takleh jamak (tolak hari sampai dan hari balik) walaupun konfirm balik kurang 3 hari. So ada yang perlu kutahu?
Today at 12:18pm
Azley Ahmad
ustaz tu terkeliru antara jamak dan qasar... mrk berdua adalah pasangan duet... tapi ada beza.jamak dibolehkan walau tanpa musafir kerana sebab2 lain... sebab2nya tidak terkiralah banyaknya spt dalm hadis ini:"daripada Ibn ‘Abbas, katanya: “Rasulullah s.a.w bersolat Zuhur dan ‘Asar secara jamak di Madinah tanpa sebab ketakutan atau musafir”. Kata Abu Zubair: “Aku bertanya Sa’id mengapa Rasulullah s.a.w berbuat demikian?”. Jawabnya: “Aku pun pernah bertanya Ibn ‘Abbas seperti mana engkau bertanyaku, jawab Ibn ‘Abbas: “Kerana baginda mahu agar umatnya tidak beban”.Ok, sebab2nyer boleh disenaraikan atas premis bahawa "tidak beban". lalu org2 pun bertanya bagaimana dikatakan beban itu? heheheh, atas diri sendiri ler. bagi aku beban, bagi korang mungkin tak beban, so aku leh jamak, korang takleh, lucky nabi tak cakap jamak boleh kerana bla bla bla... kalau dia cakap camtu...takder ler ari ni kita bincang lagi...dah muktamad, tapi it was left open... ulama berbeza pendapat dalam hal ini... itu ler rahmat kpd kita umat Muhammad SAW...... See MoreOk, 'beban' dari perpektif nabi bagaimana? kalau korang campur geng tabligh korang mesti pernah dengar ada satu hadis yg maksudnya ..lebih kurang lah yer ." kalau tidak kerana aku takut akan menyusahkan umatku nescaya akan aku wajibkan bersugi setiap kali hendaj bersolat"... kalau nk berus gigi pun nabi concern kt umat dia, apa lagi masalah2 lain yg jauh lebih besar...so, sahabat tak tanya lebih, kalau org melayu lah ada nabi...heheheh sikit2 tanya boleh ker? esok ada masalah baru tanya pulak... sebab apa? sebab tak faham konsep?... nk faham konsep ni senang jer...macam Matematik...kalau kita dah tahu 2+2 +4 dan kita tahu kenap jadi 4, biker adaer soalan lain 4+4 berapa? kita tak perlu tanya cikgu kiter lagi,,,, dah tentu lapan...ok, berbalik kpd persoalan ustaz tu tadi, ada beza anatara jamak dan qasar:1. Qasar adalah mengurangkan rakaat solat yang 4 rakaat kpd 2 rakaat. Ia hanya dibolehkan apabila bermusafir... ada yg kata 3 hari, 4 hari, 10 hari... aku buat 3 hari jer...2. Manakala, Jamak boleh dibuat walau tanpa musafir kerana sebab2 yag aku dah hurai di atas... so, pendapat ustaz tu separuh betul yakni takleh qasar... tapi jamak boleh... ingat lagi cerita dalam al Quran tentang kaum Yahudi yang diperintahkan sembelih lembu... pastu dia tanya lembu tu kaler aper... pastu tanya lagi...lagi ...dan lagi... menyusahkan mereka lak lepas tu, kalau dari awal tak tanya kan senang... maksud aku...nabi tak had kan sebab yang hadkan adalah pendapat ulama mazhab... imam kampung...JAIS...mufti... mereka ni org berilmu yang tertakluk kpd kuasa, tempat, zaman, dan ideologi. Kapasti merek memang kita tak ragui, tapi kita kene ingat mereka hudup zaman mana? 100 H, 200H... kita 1400++ ... cuba kaji pendapat ulama semasa... wahbah al zuhaili, Qardawi... kt Malaysia Prof Yusuf Abas, Dr Maszlee malik (banyak tulis ttg Palestin), Dr Asri Zainal Abidin (bekas mufti Perlis)..dan banyak lagi...pemandu teksi kalau pergi pagi pulang kul 10 mlm kene berenti 4 kali... pastu dia takleh sesuke hati berenti... penumpang kene jaga hati gak... adakah Islam tak seswai bagi pemandu teksi? jamak lah... tapi pemandu teksi ni ilmu dia takat mana jer... kita cakap lebih2 dia lempang kita kang hehhehe... tapi nabi SAW tak pernah lupakan pemandu teksi... korang mesti pernah dengar ttg hadis2 apa yg akan berlaku di akhir zaman...maksudnya apa? maksudnya nabi tahu apa akan jadi di akhir zaman...ilmu dia tak terhad pada zaman dia shj... dia kekasih Allah... tapi cara kita menghuraikan kelebihannya tak berapa mengangkat darjatnya yang tertinggi di kalangan makhluk Allah... dicapur hadis2 Dhaif yg ada unsur Israilliyat lagi... Israk wal Mikraj tu yg kita tahu jer... nabi boleh naik turun ke langit biler2 masa jer... pastu dikatakan dia Ummiy (buta huruf)... padahal kata itu memberi maksud lain seperti 'penduduk asal' . kenapa maksud buta huruf yg dipilih... ?sekian dulu,,,letih dah nulis nih...
Khairulzani Abdullah
Wallahualam. Mungkin ada hujah lain tapi dia tak bahaskan. Tak berani nak bgtau lebih-lebih sebab aku tak confirm (tak berapa ingat). Yang penting kalau sendiri yakin, buat la... kalau orang tanya bagi hujah yang kita ikut. Mertua aku pun sejak aku bagitau tentang jamak ni dia pun dah mula jamak klu gi jalan jauh-jauh. dia ada ilmu cuma tak berani ... See Morenak guna kerana tak ada orang yakinkan. Macam ko cakap le... Dalam lingkungan dia. Bila dia keluar linkungan dan ada orang bagitau baru dia ada keyakinan.
Today at 4:46pm
Today at 10:59am · Delete
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment